Sedang aku menghadap pc aku terasa ingin membuang air kecil, banyak minum kopi kot, yelah nak hilangkan rasa mengantuk plus aku ni penggemar kopi. Aku terus bangun dari kerusi aku dan berjalan ke arah toilet yang berada dekat dengan pantri. Aku pun masuk lah toilet..selepas membuang hajat aku terlupa nak bawa tisu kebetulan tisu kat toilet tu pun dah habis
Selepas aku keluar dari toilet aku tercari-cari siapa yang menghulurkan tisu tadi sebab pelik kan aku tak cakap ape, orang tu macam dah tau je yang aku perlukan tisu ketika itu. Aku tak nampak pun sesiapa kat situ..aku berjalan ke arah bilik aku sambil meninjau-ninjau mana tau ada orang lagi kan. Aku baru teringat yang semua orang dah balik. Hanya tinggal aku sahaja di pejabat malam tu. Pehhhhhh..berderau badan aku..biar betul!!! Aku pun call lah security office aku then tanya, aku terkejut sebab guard tu cakap aku je yang belum balik sebab dia dah ronda banyak kali dalam office tu tadi!!
Pucat terus muka aku!! Mak aiiii dah lah penat, ade pula tetamu tak diundang.. Aku terus kemas meja aku lepas tu terus blah dari situ. Tak sanggup aku nak bertemankan benda tu malam-malam macam tu. Kalau korang nak tau, try lah ye!! Eeeiii..seramm tau tak!! Tu lah last aku stay back sampai malam, jika ada kerja aku buat kat rumah aje.. Aku tak nak kena macam tu lagi..memang cari pasal lah kalau aku nak balik lewat lagi!!